Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PIK
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Batu 5, Jalan Jeniang Gurun Kedah terletak di Daerah Kuala Muda. Terdapat beberapa buah taman yang berdekatan dengan kampung iaitu Taman Ria Mesra 1 dan Taman Ria Mesra 2 yang rata-rata penduduknya bukan berasal dari kampung tersebut.
Kampung ini merupakan kawasan tanah rendah, tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian. Maka tidak hairanlah banyak kawasan tanah lapang yang telah diusahakan oleh penduduk kampung untuk dijadikan aktiviti pertanian bagi menambah pendapatan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023JOM KACAU BUBUR ASYURA
Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2023Mengeratkan silatulrahim dan semagat hijrah ............baca selanjutnya
SIRI LATIHAN SOLUSI PERNIAGAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL OLEH FAMA<
Aktiviti Terkini | 26 Julai 2023
Mendedahkan platform baru untuk usahawan memasarkan produk mereka............baca selanjutnya
SUKANEKA WARIS DAN ANAK2
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, waris2 ,anak2 pasri dan staff PEDi ............baca selanjutnya
HARI KOMUNITI KUALA MUDA
Aktiviti Terkini | 6 Jun 2023Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil merasmikan Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Kuala Muda, Kedah yang bertujuan membudayakan elemen digital dan pendidikan dalam kalangan komuniti setempat melalui penyebarkan maklumat berkaitan inisiatif serta perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat............baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU & JAMUAN HARI RAYA
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023Menerapkan sifat prihatin kepada guru-guru...........baca selanjutnya
PROGRAM TADARUS AL-QURAN
Aktiviti Terkini | 14 April 2023Menimbulkan kesedaran di kalangan warga komuniti menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran..........baca selanjutnya
GOTONG ROYONG PERDANA SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan waris serta staf PEDi..........baca selanjutnya
TAKLIMAT KDB (ONLINE GROOMING)
Aktiviti Terkini | 14 Februari 2023Memberi peringatan tentang bahaya baru penyalahgunaan internet.........baca selanjutnya
TAKLIMAT KDB (ONLINE GROOMING)
Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023Memberi peringatan tentang bahaya baru penyalahgunaan internet.........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya