Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PIK



Sejarah

Kampung Batu 5, Jalan Jeniang Gurun Kedah terletak di Daerah Kuala Muda. Terdapat beberapa buah taman yang berdekatan dengan kampung iaitu Taman Ria Mesra 1 dan Taman Ria Mesra 2 yang rata-rata penduduknya bukan berasal dari kampung tersebut.

Kampung ini merupakan kawasan tanah rendah, tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian. Maka tidak hairanlah banyak kawasan tanah lapang yang telah diusahakan oleh penduduk kampung untuk dijadikan aktiviti pertanian bagi menambah pendapatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JOM KACAU BUBUR ASYURA

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2023

Mengeratkan silatulrahim dan semagat hijrah ............baca selanjutnya

SIRI LATIHAN SOLUSI PERNIAGAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL OLEH FAMA<

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2023

Mendedahkan platform baru untuk usahawan memasarkan produk mereka............baca selanjutnya

SUKANEKA WARIS DAN ANAK2

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, waris2 ,anak2 pasri dan staff PEDi ............baca selanjutnya

HARI KOMUNITI KUALA MUDA

Aktiviti Terkini | 6 Jun 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil merasmikan Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Kuala Muda, Kedah yang bertujuan membudayakan elemen digital dan pendidikan dalam kalangan komuniti setempat melalui penyebarkan maklumat berkaitan inisiatif serta perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat............baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU & JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Menerapkan sifat prihatin kepada guru-guru...........baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 14 April 2023

Menimbulkan kesedaran di kalangan warga komuniti menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran..........baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023

Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan waris serta staf PEDi..........baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB (ONLINE GROOMING)

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2023

Memberi peringatan tentang bahaya baru penyalahgunaan internet.........baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB (ONLINE GROOMING)

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Memberi peringatan tentang bahaya baru penyalahgunaan internet.........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti