Kad Hari Raya Online

17 Jun 2017 | Sabtu
8.00 pagi - 3.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Gurun

Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memberitahu para peserta dan juga komuniti setempat tentang kewujudan Pusat Internet 1Malaysia. PI1M ini sebagai salah satu kemudahan dalam bidang komunikasi dua hala. Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk membuat kad raya secara online dengan menggunakan aplikasi poster mywall. Dengan zaman teknologi sekarang masyarakat tidak lagi menghantar kad raya seperti dahulu. Semuanya di hujung jari menggunakan online. Akhir sekali adalah untuk menyedarkan peserta tentang kepentingan kemudahan internet masa kini.

Kelebihan:
 Mengeratkan silaturahim bersama komuniti.
 Untuk mencungkil bakat kreativiti adik-adik.
 Supaya komuniti mengetahui kebaikan pusat internet terutama untuk anak-anak bagi mengikuti kelas computer dan juga usahawan.

Penglibatan:
1). Peserta program.
2). Wakil Cluster PI1M.
3). Komuniti setempat.

Aktiviti Berkaitan:
1. Kuiz kahoot hari raya.
2. Tayangan movie hari raya.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama