Pertandingan Membuat Poster Kemerdekaan

12 Ogos 2017 | Sabtu
10.30 pagi - 12.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Ria Mesra 2, Kedah

Tujuan:
Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada bukan ahli dan juga ahli-ahli PI1M mengenai kepentingan Pusat Internet 1 Malaysia yang disediakan ini. Selain itu, program ini adalah untuk mencungkil bakat dan kreativiti peserta untuk melukis dan mewarna dengan hasil karya sendiri bagi menghasilkan poster dengan menggunakan warna air. Bukan itu sahaja,sempena bulan kemerdekaan ini adalah untuk memupuk rasa cinta kepada Negara dan bersyukur dengan keamanan di Negara ini. Dengan bertemakan “NEGARAKU SEHATI SEJIWA” bagi tahun ini amat bersesuaian untuk ahli-ahli dan bukan ahli pi1m sehati sejiwa dalam melibatkan diri dengan setiap aktiviti dan juga kelas yang diadakan di pusat internet.

Kelebihan:
 Untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan poster yang menarik.
 Memupuk rasa cinta kepada negara.
 Untuk memahami erti kemerdekaan.
 Memberi pendedahan kepada semua peserta tentang kemudahan yang disediakan di PI1M.

Penglibatan:
Peserta program.

Aktiviti Berkaitan:
- Tayangan video.
- Klik dengan Bijak.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama