PROGRAM MIV_ KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PERTUGAS & SUKARELAWAN MIV

Aktiviti terkini |5 September 2020

Tempat Aktiviti:
Pi Gurun

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat untuk menggunakan internet secara berhemah.
• Di samping itu, untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan komuniti mengenai penggunaan internet secara positif dan mengingatkan mereka supaya berwaspada dengan jenayah siber.
• Dengan adanya program seperti ini, komuniti dididik supaya lebih berhati-hati dan berfikir sebelum mengakses internet agar mereka kekal selamat, terutama ketika berkongsi maklumat dengan pengguna lain selain memupuk etika bahasa dan tatacara yang betul dalam perbualan serta penulisan.

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Memberi kesedaran tentang hak pengguna menggunakan media sosial

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :