Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Batu 5, Jalan Jeniang Gurun Kedah terletak di Daerah Kuala Muda. Terdapat beberapa buah taman yang berdekatan dengan kampung iaitu Taman Ria Mesra 1 dan Taman Ria Mesra 2 yang rata-rata penduduknya bukan berasal dari kampung tersebut.

Kampung ini merupakan kawasan tanah rendah, tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian. Maka tidak hairanlah banyak kawasan tanah lapang yang telah diusahakan oleh penduduk kampung untuk dijadikan aktiviti pertanian bagi menambah pendapatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan ahli terajin memasuki kelas dan mikrosoft word

Aktiviti Terkini | 29 November 2015

Program ini bertujuan bagi menggalakkan lagi ahli pusat internet memasuki kelas yang di jalankan di Pi1m dan menyertai sebarang aktiviti yang di jalankan di PI1m, serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli.... baca selanjutnya

Kelas ICT PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

PI1M Gurun akan mengadakan kelas ict secara percuma kepada komuniti setempat bermula pada bulan Oktober 2015. Sebarang pertanyaan boleh datang ke PI1M Gurun.... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya