Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Batu 5, Jalan Jeniang Gurun Kedah terletak di Daerah Kuala Muda. Terdapat beberapa buah taman yang berdekatan dengan kampung iaitu Taman Ria Mesra 1 dan Taman Ria Mesra 2 yang rata-rata penduduknya bukan berasal dari kampung tersebut.

Kampung ini merupakan kawasan tanah rendah, tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian. Maka tidak hairanlah banyak kawasan tanah lapang yang telah diusahakan oleh penduduk kampung untuk dijadikan aktiviti pertanian bagi menambah pendapatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


DIY ORIGAMI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2019

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti adik-adik untuk menghasilkan kad raya....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI GURUN

Aktiviti Terkini | 22 November 2019

Program ini bertujuan untuk memberitahu para peserta dan juga komuniti setempat tentang kewujudan Pusat Internet....baca selanjutnya

EXPLORACE KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini |1 Oktober 2019

Taklimat klik dengan bijak yang disampaikan oleh Pusat Internet untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah untuk menggunakan internet secara berhemah....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Tujuan utama program adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat...baca selanjutnya

KELAS SKIN CARE

Aktiviti Terkini |15 Ogos 2019

Tujuan utama kelas Skin Care ini adalah untuk memberi pendedahan dan percubaan produk Mary Kay kepada para tetamu / participant. dan ianya adalah secara percuma...baca selanjutnya

AGIHAN MAKLUMAN BERKENAAN MYFREEVIEW

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2019

Bertujuan untuk menghebahkan berita kepada masyarakat mengenai Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT)...baca selanjutnya

PROGRAM KEBOLEHPASARAN PEKERJAAN DAN TEMUDUGA TERBUKA

Aktiviti Terkini | 22 - 23 Jun 2019

Aktiviti dimulakan dengan taklimat kepada para peserta oleh wakil dari Jobs Malaysia. Selepas sesi taklimat, peserta didedahkan dengan penulisan resume serta tatacara temuduga. Peserta juga diberikan taklimat mengenai kerjaya. Akhir program, peserta diberikan sijil penyertaan dari Jobs Malaysia....baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2019

Program ini bertujuan untuk Menjalinkan kerjasama antara ADABI dan penduduk setempat untuk bergotong royong memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada orang ramai... baca selanjutnya

Advokasi : Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 14 April 2019

Program dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan teknologi secara bijak. Seramai 100 orang pelajar tahap 2 di sekolah Kebangsaan Kota Bukit menyertai taklimat ini... baca selanjutnya

Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga Dan Persatuan Penduduk

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

SKMM bersama Petugas PI Kluster Sg Petani telah dijemput untuk memberi ceramah untuk program perhimpunan perpaduan demi negara rukun tetangga dan persatuan penduduk (zon utara) yang bertempat di MRSM Merbok... baca selanjutnya

Quizz & Kahoot Hunt(KDB)

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengetahui prinsip asas KDB yang dijalankan. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar supaya menggunakan... baca selanjutnya

Majlis Penghargaan Usahawan

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019

Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan untuk usahawan yang telah berjaya dengan usaha mereka sendiri. Selain itu, terdapat sesi perkongsian kisah bagaimana untuk Berjaya supaya dapat dijadikan panduan untuk sahabat yang lain turut berjaya... baca selanjutnya