Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PIK



Sejarah

Kampung Batu 5, Jalan Jeniang Gurun Kedah terletak di Daerah Kuala Muda. Terdapat beberapa buah taman yang berdekatan dengan kampung iaitu Taman Ria Mesra 1 dan Taman Ria Mesra 2 yang rata-rata penduduknya bukan berasal dari kampung tersebut.

Kampung ini merupakan kawasan tanah rendah, tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian. Maka tidak hairanlah banyak kawasan tanah lapang yang telah diusahakan oleh penduduk kampung untuk dijadikan aktiviti pertanian bagi menambah pendapatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2022

Untuk mencari adik2 yang kreatif dan inovatif ........baca selanjutnya

PERANAN INISIATIF KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DALAM MEMPERKASA KOMUNITI (ZOOM ONLINE)

Aktiviti Terkini | 14 November 2022

Sejauh mana keberkesanan program KDB kepada masyarakat terutama remaja,kanak-kanak dan dewasa........baca selanjutnya

JOTA JOTI JAMBOREE

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022

Untuk memberi pendedahan program klik dengan bijak kepada peserta. .......baca selanjutnya

KEMPEN DAN PROMOSI PERKHIDMATAN TABUNG HAJI

Aktiviti Terkini | 6 September 2022

Memaklumkan kepada orang awam berkenaan khidmat tabung haji .......baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA PASTI SEMPENA KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2022

Pertandingan mewarna untuk anak-anak pasti..memberi pengenalan kepada mereka tentang sejarah dan tema kemerdekaan tahun ini.........baca selanjutnya

FORUM GICT 22 : AKSES DAN KESELAMATAN INTERNET MEMPERKASA WANITA MALAYSIA DALAM BIDANG STEM

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2022

Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.........baca selanjutnya

PROGRAM BICARA KLIK DENGAN BIJAK (MEMBELI BELAH DALAM TALIAN)

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2022

Memberi kesedaran untuk waspada semsa membeli secara atas talian ........baca selanjutnya

SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA PASTI AL-FAWWAZ

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022

Meraiakan aidilfitri bersama anak-anak pasti setelah 2 tahun tiada majlis dapat dilaksanakan ........baca selanjutnya

ZOOM : PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Memberi kefahaman dan kesedaran kepada peserta untuk bijak menguruskan risiko di dalam talian. ........baca selanjutnya

CARIAN PEKERJAAN

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2022

Mereka lebih berjaga-jaga ketika berada di talian........baca selanjutnya

KDB : BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2022

Mereka lebih berjaga-jaga ketika berada di talian........baca selanjutnya

KDB : OVERSHARING (WORDSEARCH), KEBEBASAN BERSUARA BUKAN BERBOHONG (PEDI)

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022

Mereka lebih berjaga-jaga ketika berada di talian........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti